Persembahan PUTEH Di Pentas Akhir MLM Buat Lisa Sebak

Cabaran peserta-peserta Maharaja Lawak Mega bagi musim 2019 kini berada dikemuncaknya iaitu persaingan akhir dalam usaha mereka untuk merebut gelaran Juara dan hadiah utama yang lumayan berupa wang tunai bernilai RM500,000

Peserta Maharaja Lawak Mega 2019 yang layak bersaing di pentas akhir MLM ialah kumpulan Bocey, Rare, J-Born, Puteh dan Zero

Keputusan bagi kesemua finalis Maharaja Lawak Mega 2019 akhir akan diadili dengan format pemarkahan yang mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus dari undian penonton melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)

Maharaja Lawak Mega pada edisi 2019 adalah diadaptasi daripada drama antarabangsa ‘Stranger Things’ sebagai pemilihan montaj dan juara bertahan adalah Kumpulan Shiro

Berikut Keputusan Penuh Maharaja Lawak Mega 2019 Akhir

Juara: Puteh Naib Juara: Zero
Ketiga: Bocey Keempat: J-Born Kelima: Rare

Juri tetap Lisa Surihani sampai menangis sehingga sukar untuk beliau memberi komen. Jom tengok persembahan puteh.

Dalam komen Lisa, dia membacakan doa untuk arwah anak Ali Puteh. Dalam sebak Lisa tidak dapat memberi komen penuh. Apa yang Lisa kata Puteh adil kerana `punchline` bertubi-tubi dan selepas itu bahagian last penuh dengan emos1.

Kita semua sedia maklum yang anak kepada Ali Puteh iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah meninggal dunia semasa 26 November 2019. Bayi perempuan yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu itu dikesan berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlvbang.

Bahagian akh1r persembahan kedua kumpulan puteh dengan tema kenduri, sebenarnya bukan kenduri kahwin tapi adalah kenduri arw4h. Walaupun nampak bersahaja, tapi membuatkan seluruh rakyat Malaysia menangis. Semoga arw4h anak Ali Puteh tenang di sana. Al-Fatihah.

Rancangan ini dihoskan oleh pengacara tetap Maharaja Lawak Mega iaitu Ac Mizal. Manakala ianya disertai oleh perserta-pesrta yang kerap dilihat muka mereka ketika ada pertandingan Maharaja Lawak Mega. Terutamanya kumpulan Bocey yang mana tidak pernah miss pun untuk join MLM ini setiap tahun.

Apa-apapun, kami mengucapkan tahniah di atas kemenangan juara MLM 2019 pada kali ini.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami