Jaclyn Victor Sah Bercerai Setelah 5 Tahun Mendirikan Rumah Tangga

Penyanyi yang mempunyai vokal yang begitu lunak, Jaclyn Victor telah sah bercerai dengan suaminya yang juga seorang vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet, Shawn Rivera. Menurut Berita Harian, berita penceraian mereka telah disampaikan sendiri oleh Shawn menerusi laman Facebook miliknya.

Tak dedahkan punca penceraian

Sebagai selebriti, tidak dinafikan kami terdedah dengan pelbagai tanggapan masyarakat dan menjadi amalan manusia untuk menilai, menuding jari dan mengkritik orang lain tanpa mengetahui kedudukan sebenar.

Justeru, tidak perlu untuk kami membuka pekung di dada atau memburukkan antara satu sama lain kerana kesannya nanti menimpa anak kami yang tidak berdosa.

Walau bagaimanapun, Shawn tidak mendedahkan punca sebenar penceraiannya bersama penyanyi itu. Shawn yang berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat turut menegaskan bahawa bukan mudah bagi mereka berdua membuat keputusan untuk berpisah.

Sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan

Kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan, namun hakikat tinggal berjauhan dalam tempoh cukup lama membuatkan masing-masing agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan situasi berbeza ini.

Walaupun berpisah, kami takkan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Kami akan kekal komited memberikan yang terbaik buat kedua-dua anak kami supaya mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak.

Apapun yang berlaku antara saya dan Jac (Jaclyn), saya tetap menyayangi mereka. Melihat senyuman mereka, terubat segala rasa sedih dan patah hati yang saya lalui ketika ini.

Tambahnya lagi, dia memohon agar semua pihak menghormati situasi yang membelenggu mereka ketika ini dan meminta agar tidak diganggu.

Sumber: Berita Harian via ohbulan