“2/3 hari tak makan…”- Hidup berubah, pelakon cilik Puteri Balqis akui terpaksa ikat perut

“2/3 hari tak makan…”- Hidup berubah, pelakon cilik Puteri Balqis akui terpaksa ikat perut. Di usia yang masih kecil, bakat lakonan pelakon kanak-kanak Puteri Balqis Azizi atau selesa dipanggil Aqish, tidak disangkal lagi sehingga pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014.

Namun, semenjak disahkan menghidap kanser hati tahap satu, perjalanan kariernya sebagai pelakon dilihat semakin sepi di layar perak.

“2/3 hari tak makan…”- Hidup berubah, pelakon cilik Puteri Balqis akui terpaksa ikat perut

Baru-baru ini, sedutan rancangan di Bersamamu di tv3 memaparkan kisah hidup yang dijalini pelakon cilik berusia 12 tahun itu, sekarang telah mendapat pelbagai respon masyarakat.

Hidup sekarang dah tak macam dulu

Mana tidaknya, pelakon kanak-kanak yang cukup dikenali dengan bakat lakonannya yang hebat, kini hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Pernah terputus makan

Dalam sedutan tersebut, Aqish secara jujurnya mendedahkan bahawa kesusahan hidup yang ditempuh sekarang membuatkan dia dan ibunya terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk membeli makanan.

“Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri. Terputus makan itu pernah dalam dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut…”

Luar nampak okay, tapi Aqish masih dapatkan rawatan

Bagi ibunya, Nouryl, meskipun di luaran anaknya nampak seperti sihat namun, dia masih risaukan akan kesihatan Aqish yang tidak menentu, ditambah pula dengan masalah kewangan yang dihadapi.

Dalam perkembangan terbaru, kini pelakon cilik itu bersama ibunya sedang sibuk melakukan jualan buku puisi tulisannya sendiri, iaitu berjudul ‘38 Poems by Puteri Balqis’.

Untuk menyelami lebih lanjut kisah kehidupan yang dilalui Puteri Balqis, jangan lupa tonton rancangan Bersamamu, Ahad ini di TV3 jam 6.30 petang.

Sumber:  Bersamamu TV3