Video Mesra Eyka Farhana Dengan Siapa Tuh..Macam kenal Je!!

Selepas Tular Gmabar Eyka Farhana Dengan Beberapa Pemain Kebangsaan Ketika bercuti Di Sebuah Pulau, tular pula video manja dan nampak mesra Eyka Farhana Dengan Seorang Lelaki Mirip Akhyar Rashid dan juga seorang pemain Bolasepak kebangsaan Negara.

Buat setakat ini belum ada lagi info tentang status perhubungan antara mereka berdua.

TERDAHULU..

Gambar Eyka Farhana, Pemain Kebangsaan Bercuti Di Phuket Cetus Kontroversi
Sukan SEA di Filipina baru sahaja berlalu dengan menyaksikan pasukan bola sepak negara bawah 23 tahun pulang awal apabila tidak melepasi peringkat kumpulan.

Meskipun berada dalam kumpulan yang agak mudah berbanding kumpulan bersama pasukan Indonesia dan Thailand, pasukan negara nampak sukar untuk mendapat rentak permainan apabila tewas kepada pasukan ‘underdog’.

Sedang prestasi pasukan bola sepak U-23 negara menjadi bualan ramai, timbul pula isu terbaru apabila beberapa pemain kebangsaan dilihat bercuti di Phuket bersama artis tanah air, Eyka Farhana.

Gambar tersebut dimuat naik sendiri oleh Eyka Farhana di laman Instagram miliknya, namun dipadam setelah mendapat kecaman para peminat.

Dalam gambar tersebut, Akhyar Rashid kelihatan mesra di sebelah Eyka Farhana bersama teman-teman lain. Yang lebih mengejutkan, penyerang prospek negara yang bakal bermain untuk K.V. Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin turut kelihatan bercuti bersama mereka.

Gambar yang tersebar ini mendapat perhatian peminat tempatan yang beranggapan perkara ini akan merosakkan karier pemain negara dan prestasi mereka akan merudum jika tidak dibendung sejak awal.

Selain dikecam hebat, laman Instagram Akhyar Rashid dan Luqman Hakim juga menerima serangan bertubi-tubi dari peminat.

Pada pendapat anda, adakah isu ini adalah isu peribadi pemain negara dan tidak patut dicampur oleh orang luar, ataupun pemain bola sepak negara tidak sepatutnya bergaul dengan artis tempatan hingga mencetuskan kontroversi?

Sumber Cari

VIDEO MESRA EYKA FARHANA DENGAN SIAPA NI??

Biodata
1. Nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi.

2. Dikenali sebagai Eyka Farhana.

3. Lahir pada 3 Februari 1995 di Ampang, Selangor, Malaysia.

4. Berusia 24 tahun.

5. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7. Aktif sebagai anak seni sejak tahun 2011 dalam bidang lakonan, pengacaraan dan peragaan.

8. Bernaung di bawah syarikat pengurusan A Klasse Management milik anak tiri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dari tahun 2015 hingga 2017, sebelum beralih ke pengurusan Mind Order Talents dari 2017 sehingga kini.

9. Namanya mula meledak selepas drama Gemilang, Juvana dan Ema Emyliana.

10. Antara lain, beliau membintangi drama Bunga-Bunga Syurga, Istikharah Cinta, Ketupat Palas Mr. Handsome, Red Velvet dan Bukan Cinta Aku.

11. Termasuk telefilem Sejadah Kaabah, Pengancam Perkahwinan, Ustaz Korea Sebelah Rumah, Pengantin Lari Culik Artis dan banyak lagi.

12. Penglibatannya di layar perak menerusi filem Jengka, Polis Evo, Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan dan Juvana 3: Perhitungan Terakhir.

13. Akan datang, bakal muncul dalam filem Autumn Di Wales #CintaMestiMenang arahan Rahila Ali yang turut membariskan pelakon Jaa Suzuran, Keith Foo dan Wanna Ali.

14. Pernah terbabit dalam bidang pengacaraan menerusi rancangan berkonsepkan travelog berjudul Pada Suatu Ketika yang bersiaran di saluran TV1.

Fakta Menarik

Menyertai bidang seni sejak umur 16 tahun.
Dikatakan mempunyai iras wajah pelakon Fazura.
Meletakkan Datuk Rosyam Nor, Fasha Sandha dan Fazura sebagai idola dalam lakonan.
Kakak sulungnya, Wan Anis Farhana merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang telahpun meninggal dunia pada 23 Ogos 2017 di usia 24 tahun.

sumber kasiviral