Rakyat Malaysia Boleh Tengok Hujan Meteor Bermula Malam Ini.

Baru-baru ni, kita berpeluang untuk menyaksikan gerhana matahari cincin dan fenomena itu sudah tentu memberi pengalaman baru buat kita khususnya generasi muda — untuk mengenali sistem suria ini dengan lebih dekat.

Kalau ada yang termiss tengok gerhana tahun lalu, terpaksalah tunggu 22 tahun lagi untuk ia kembali muncul ye.

Dan kini, satu lagi fenomena menarik akan berlaku di langit kita — iaitu fenomena hujan meteor Quadrantids!

Ia dijangka akan boleh dilihat bermula 4 Januari (11 malam) sehinggalah awal pagi 5 Januari ini. Menurut laman timeanddate.com, sehingga 120 hujan meteor boleh dilihat dalam tempoh satu jam.

Antara lokasi di mana korang boleh melihat fenomena ini adalah:

Pulau Redang, Johor
Mersing, Johor
Sekinchan, Selangor
Kudat, Sabah
Broga Hill
Kuala Kubu Bharu, Selangor
Kota Belud, Sabah
Pantai Pasir Klebang, Melaka
Kuala Selangor
Pulau Tioman, Pahang
Pulau Gem, Terengganu
Tanjung Simpang Mengayau, Sabah
Cameron Highlands, Pahang
Pantai Malindo, Pulau Pinang
Kampung Teluk Pelanduk, Seremban
Ulu Yam, Selangor

Apa yang diperlukan untuk memastikan korang dapat pengalaman optimum menyaksikan hujan meteor ini adalah cari lokasi yang tidak terlalu terdedah kepada pencemaran cahaya yang tinggi.

Kat atas ni hanyalah sekadar gambar hiasan, kalau nak tengok yang real — renunglah langit malam ni ye.

sumber lobak merah