Nenek Ini Tidak Pernah Mandi Selama 4 Tahun. Siapa Sangka Slps Dimandikn Sukarelawan, Ini Yg Terjadi Mmbuatkn Semua Sebak

Mandi adalah rutin yang perlu dilakukan oleh setiap orang. Selain menjadikan tubuh segar, ia juga membersihkan semua kuman dan virus.

Tetapi pada hakikatnya, tidak semua orang di dunia boleh melakukan rutin mandi setiap hari. Seperti yang dialami oleh nenek berusia 96 tahun ini.

Nenek ini tidak dapat berjalan sejak beberapa tahun yang lalu, dia juga tidak mempunyai keluarga yang dapat menjaganya. Disebabkan itu, selama 4 tahun dia cuma mengelap tubuhnya dengan tuala.

Apabila seorang sukarelawan bernama Xin Hua melawat rumah nenek ini, dia mengatakan bahawa

“ketika itu nenek sedang duduk di sudut bilik. Dari bola matanya dia kelihatan takut dan dia tidak mahu bercakap. Tetapi selepas menghampiri, akhirnya nenek ingin mula bercakap”

Kemudian nenek berkata “Tidakkah kamu mencium saya ni bau?”

Kemudian Xin Hua tersenyum manis sambil berkata “sebaliknya kami datang untuk membantu anda mandi dan membuat badan anda bersih dan kembali wangi”

Yang menyedihkannya, seringkali apabila nenek ingin membuang air kecil, dia selalu terbuang di lantai kerana jalannya terlalu perlahan dan jarak antara kerusi dan tandas agak jauh.

Malah ada satu ketika cucunya menelefon teksi untuk mengambil nenek ke hospital. Apabila pemandu teksi tiba di pintu rumah, pemandu itu menjerit “Nenek! anda bau begitu teruk! cepat naik teksi!” Sejak itu, nenek telah mengurung dirinya di rumah selama bertahun-tahun dan takut dengan kehidupan di luar.

Dengan membawa peralatan mandi khas, seperti tab mandi, sabun syampu, dan air yang disalirkan dari kereta. Xin Hua dan pasukannya cuba memandikan nenek sekali lagi.

Xin Hua juga berkongsi pengalamannya ketika memandikan Nenek buat kali pertama “ketika nenek mandi, keningnya berkedut, dia kelihatan gugup dan gelisah. Saya juga melihat bahawa daki di tubuhnya sangat tebal dan banyak.

Selepas para sukarelawan memandikan dengan air suam, akhirnya nenek boleh tersenyum lagi.

Apabila memandikan nenek yang kedua, nenek berkata kepada sukarelawan “eh kamu lagi! Bilakah kamu boleh datang untuk memandikan saya lagi? kerana tiada siapa yang mahu mandikan saya selepas ini” Mendengar soalan Nenek, setiap rasa keletihan hilang dari tubuh sukarelawan. Mata sukarelawan pun berkaca-kaca dan terharu mendengar kata-kata nenek.

“Salah satu ganjaran terbesar kerja yang saya lakukan adalah melihat pesakit gembira dan tersenyum”

Apabila mandi kali keempat, nenek sudah dapat tertawa dan bersenandung.

Xin Hua dan pasukannya terlibat dalam perkhidmatan kepada orang kurang upaya. Dengan berkhidmat kepada orang kurang upaya, ia juga menunjukkan rasa hormat kepada mereka.

Perkhidmatan ini diperkenalkan oleh Gereja Katolik Cina of Our Lady of Chiayi Foundation. Perkhidmatan ini telah ditubuhkan selama 10 tahun dan telah membantu beribu-ribu orang kurang upaya yang memerlukan bantuan.

Ini benar-benar perkhidmatan yang mulia. Mari kita berdoa agar lebih ramai orang kurang upaya akan bantu oleh yayasan ini!

Sumber: Lookingfoward